Sunday, December 9, 2012

Nilai sebuah penghargaan



Semoga Allah menyelamatkan dan memberi kesejahteraan keatas kamu....

Jejari laju menekan tiap satu punat huruf, mahu diluah segala rasa dalam hati. Masa begini memang segala ilham mencurah curah keluar. Aku bukan mahu perhatian cuma minta dihargai. Segala macam perkara yang terbaik telah aku lakukan tapi kau masih buta, pekak dan bisu untuk menghargainya. Segala serbi kelihatan tidak kena pada mata bundar itu. Aku harus tabah dan kuat untuk melalui semua dugaan ini. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku. Kau kuatkanlah semangat ku Ya Allah :'(

Di sekeliling orang-orang sebegini betul-betul membuatkan hidupku sesak. Ya! sesak dengan asap dan debu kalian. Kenapa engau pekak kan telinga, buta kan mata untuk melihat kebaikan yang kulakukan. Betul hati aku sangat nipis umpama tisu mudah terasa, mudah tersentuh. Rajuk ku bukan lama hanya untuk melempiaskan ketidakpuasan hati. Barangkali engkau tidak sadar lagi. Coretan ini bisa meredakan pukulan ombak yang ganas serta menjinakkan harimau yang buas.

Harap suatu hari nanti matamu terbuka akan segalan kebaikan ku. Banyak perkara aku korbankan tapi hanya sekelumit kau jelingkan.

Aku bukan siapa-siapa. Bukan cerdik sepertimu. Ya! orang cerdik sentiasa dikelilingi. Tapi mereka hanya pergunakanmu sahaja. Tidak nampak lagikah kamu??? 


Dan aku hanya minta dihargai......


Wasalam.

Saturday, December 1, 2012

Allah knows best



Hujan renyai-renyai bila bangun dari lelap. Kemudian terlelap lagi. Kali ini matahari sudah terpacak. Peluh halus mula kelihatan di dahi. Lantas, aku terus bangkit tidak mahu menangguh. Terusku capai tuala yang tergantung di tingkap. Tiba-tiba teringat kembali peristiwa itu. Peristiwa yang telah menghilangkan barang kesayanganku. Aduh! sakitnya bila teringat. Aku percaya Allah tahu yang terbaik untuk ku. Usai mandi, perut berkeroncong aku hilang arah lalu bergegas ke dapur. Alhamdulillah bila tudung saji diselak aku tersenyum, rezeki barangkali. Saat itu juga ingatan pada saudara-mara seIslam ku di Gaza terbit. Ya Allah bagaimana tabahnya mereka meneruskan saki baki hidup di dunia ini? Makan apa mereka hari ini? Bertubi-tubi soalan menerjah ke kotak minda. Aku di sini buat masa ini hanya mampu mengirimkan doa buatmu di sana. Moga kalian kuat dengan ujian Allah dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. Perut sudah terisi, bunyi-bunyian sebentar tadi juga sudah tidak kedengaran. Alhamdulillah hanya lafaz itu mampu ku ucapkan, 'Remote control' televisyen ku capai. Semua siaran tidak langsung menarik minat untukku meneruskan hajat. Lalu ingatanku teralih lagi. Terbang tinggi jauh teringatkan jasa-jasa ahli keluarga yang banyak berkorban untuk aku terus berjaya. Air mata menitis tanpa di pinta. Sedih pilu bersarang mengingarkan markah-markah test yang rendah. Bukan aku tidak berusaha, bukan aku malas, bahkan bukan juga aku tidak berdoa. Tidak tahu di mana silap. Hanya aku yakin rezeki ku mungkin di kemudian hari. Ya Allah hanya padaMu tempatku meminta sesuatu. 

Allah knows best