Tuesday, December 27, 2011

Ikrar yang terlanggar :P

Hello dunia !

Okay tak payah nak terkejut sangat sampai nak baling aku telur , tepung dan kemudian tabur dengan serbuk roti dan akhirnya celup aku dalam minyak panas . Fine , sorry terlanggar ikrar hahah . Tapi actually aku on laptop ni ada sebab okay . Then , lepas buat sebab tu aku online lah kejap , kejappp jeeeee :P . Betul i promiseee heee :) 

Mendung saja cuaca petang ni ombak kat laut tu pun kuat giler wooo sampai masuk berita okay semalam . Habis jalan raya sume retak dek penangan laut yang tengah mengganas . Well , pernah dengar tak pepatah "kalau tak berani jangan berumah di tepi pantai "  . Kalau tak pernah dengar mesti kau tidur kan waktu kelas BM kat sekolah dulu . Dah , tak payah nak frust sangat dah dapat A1 pun kan SPM . 

Tak sabar rasanya nak tunggu 10/1/12 . Tapi nak sampai ke tarikh tu cuak la seyhhh . Pleezzzz friends , doakan aku okay semoga aku dapat jawab semua soalan final dengan lancar dan jayanya . Mata memang dah macam zombi la kan sebab waktu tidur perlu dipendekkan dan waktu mentelaah perlu dipanjang sepanjang yang mungkin . Takpe kau buat ilekk je balik rumah nanti tidur puas-puas , enjoy banyak-banyak , nyanyi bingit bingit berangan kuat-kuat :P

Okay rasanya masa dah mencemburui aku dan semua buku-buku dah memanggil manggil nak suruh aku hadap dia , hari pun makin lama makin nak jauhkan diri dan nak dekat kan aku dengan tarikh exam . Owh , kelazzzz kau Maria heeee . Terima kasih kerana memudarkan menggembirakan hari-hari saya :)

Okay takut tak sempat nak online nanti yelah kang i online lagi u all marah la kan siap nak goreng i bagai so wish u all Happy New Year . Semoga azam tahun lepas dah dapat dikotakan dan semoga tahun yang mendatang lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya . InsyaALLAH Amin :)

wOOt3 ---> 10hb i tgk kalau takde siap u =;=



Saturday, December 24, 2011

Ikrar akhir tahun :P

Selamat senja kalian ,


Pada yang sedang / masih / tengah duk menghadap laptop / pc / notebook silalah tinggalkan harta kamu tu dan bagi prority pada benda yang lagi penting . Please ea ini arahan bukan main2 ! Ceitt ! sorry okay jangan terasa sebenarnya ayat di atas aku tujukan untuk diri sendiri . Kemonnn Ina gunakan lah study leave kau dengan bijaksana . Lagi 10 hari nak start final exam kau boleh duduk menghadap benda yang tak berfaedah ni . Boleh ke dengan menghadap benda ni kau dapat DEAN LIST ? Jawabbb !!! 
Ha ! Amekaww kan dah kene marah . Bagus2 marah je lagi budak Ina ni . Nakal sangat :P


Azlinaharon : Okay fine , i admit i salah . memang i harus WAJIB meghadap buku untuk dapatkan DL . I pun tatau lah kenapa i jumpa u disaat-saat nak dekat final ni . Mungkin dah jodoh kot . Tangan nak pegang pen , mata nak hadap buku tapiiiii TERpegang keypad TERhadap laptop pulak . Bukan salah i . Eh2 silap2 memang salah i -_- . I memey dah berazam nok ngaji molek2 nok naikkan pointer bagai . * Apesal teroyak kelate pulop :)  


Nah amek ni ikrar aku ! * sekejap i sekejap aku . Tak kesah la janji maksud dia sama wekkk :P


Okay dengan ini saya (nama sebenar dirahsiakan) berjanji untuk tidak membuka laptop saya ini hatta menyentuhnya pun dan juga tidak sesekali cuba meng"online"kan diri ini bermula pada esok hari 25 December 2011 sehingga 10 January 2012 dengan bersaksikan broadband yang semakin lembap sebab dah sebulan tak bayar  , tunai . Sah sah ? * Tatau tatau heeeee (:










Buku bertimbun silalah baca ye . Jangan malas2 . U can do it azlinaharon :)






wOOt3 ---> U doakan i boleh jawab aw final exam nnti . Tak sempat nak cakap semalam . Lepas ni kte dah tak jumpe lagi T.T Take care



Friday, December 23, 2011

Satu petang yang indah

Salam , 

Cuaca hari ni agak suram sebab hujan ibarat suramnya hati aku saat ni . Well , biasalah akhir tahun memang semua orang sedia maklum yang keadaan cuaca agak tidak menentu . Siapa yang duduk dekat kawasan especially tepi pantai , laut dan seangkatan dengannya memang cuak sebab angin + hujan kuat wooo . Aku dapat jugak rasa pengalaman duduk dekat dengan kawasan pantai . Itulah time belajar nielah dapat merasa duduk dekat tempat orang . Hari2 nak pergi kelas mesti lalu laut , dah tu kalau tension nak2 lepas quiz , test and presentation yang berderet macam gerabak kerata api mesti aku akan lepak depan laut sambil tengok ombak yang bergelora sambil ambil angin untung lagi pergi beli kopok lekor ke , pisang goreng ke ape2 jelah yang cocok2 tu makan sambil ngadap laut untuk tenangkan hati . Untungkan dapat tempat belajar macam ni. :) Please jangan jealous ngn aku :D 






Alhamdulillah segalanya dah selamat , now , just tinggal struggle untuk final yang bakal tiba 12 hari lagi . Wish me luck friends and doakan semoga aku dapat jawab semua soalan final exam dengan lancar dan jayanya . Amin . 

Okay , before i end my presentation eh silap2 nielah banyak sangat kene present sem nie kan dah tersasul sasul :p  Ha ! before aku mengundur diri dengarlah lagu sentimental nie skit . 

Click to play ! Song : Penantian by Kertas Band



wOOt2 ---> Lagu nie i dedicate untuk u .Hope u pun ingat kat i jugak (:

Wednesday, December 21, 2011

Manis macam gula


Hai everyone ! Tak boleh tidurlah malam ni so tetibe I rase nak update blog yang dah lama bersawang. Banyak story actually nak diceritakan sebab apa yang I rase agak susah untuk diluahkan kepada seseorang. So the best place ever ialah dengan adanya beog ku ini ngehehe . We should find the other alternative once u can't solve it . At the same time bagus ada blog sebab boleh mengasah bakat penulisan kita . I likeeeee :) Wokey entry kali ni I nak share dengan u all tentang seorang hamba ALLAH yang sangat bertuah sebab dapat pengalaman dan peluang macam ni dalam hidup dia . I yakin yang ramai dah tau pun pasal dia . Apa yang I boleh cakap after tengok her video :  WHOAAA ! How sweet they is ? . Sumpah kalau aku dekat tempat dia susah wooo nak bagi keputusan .  Congratulation Dena Bahrin ! I adore u lah :D . I doakan u bahagia bersama ur tunang hingga ke JANNAH . Amin . 

Nah tengok lah video of the year yang WHOAAA !!! :)




I wish I could get the right person at the right time. I nak u (:


wOOt2 ---> Sebab u lah I tak boley tido . Majukk =.=

Sunday, October 16, 2011

....Tentang hati....




Bila hati berbicara
Mulut terkatup
Minda terapung 
Hati resah gelisah
Jiwa menahan getaran
Rasa terpendam terperuk
Diri merana
Sukar diluahkan
Sakit di simpan



* Tetiba rasa nak menulis. Sorry looks like ayat-ayat yang merepek. Takkan ada orang yang faham melainkan dia juga rasa apa yang aku rasa hee :)