Tuesday, August 9, 2011

Sesuci ramadan


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa. U all pergi terawih tak? Pergi? Bagus tambahkan amalan jangan lepas berbuka terbongkang atas katil ececeh orang yang tanya nie pun rongak-rongak pergi terawih. Ha ! cakap pasal terawih I ada story nak cerita bukan cerita dongeng okay, cerita cinta pun bukan tapi cerita benar hahah J. Okay be serious.

Ehem-ehem ...

Last Saturday anak sedara I, Aliyah sibuk ajak pergi terawih siap telefon baur-baur ugut lagi  kalau I tak pergi dia taknak datang rumah berbuka sama-sama. Alamak main ugut-ugut pulak budak nie. Takkan la Chu dia cakap tak pergi malu la kan. Then, after berbuka kitorang – I, kakak, and 2 anak sedara Aliyah dan Damia pergi terawih. Nasib baik dua-dua dengar cakap and tak buat bising. Okay yang tak boleh blahnya bila dah sampai rumah Aliyah boleh cakap nanti kalau Aliyah takde Chu boleh la buat 20 rakaat. Sebab tadi kitorang just buat lapan rakaat. Hahah dia tak tahu yang dia takde I tak pergi pun terawih.
Inilah yang orang kata “When child change the world”. Daripada taknak pergi terawih terus pergi. Alahai bukannya lama sangat, menghadap facebook boleh berjam-jam belum tambah dengan chatting , blogging lagi.

Alright moral of the story kita janganlah bertanguh-tanguh dalam melakukan kewajipan.

See u on next entry ! Daaaaa J

Friday, August 5, 2011

Ahlan ya Ramadan

Selamat berpuasa semua.

Hampir setahun tak update blog. Sudah berlapis lapis sawang di blog ini dan saya amat memerlukan tukang cuci untuk membersihkannya ngeh3. Okay hari ini sudah masuk hari ke lima umat Islam berpuasa. Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk berjumpa bulan Ramadan. So, kita semua harus menggunakan kesempatan yang ada sebaiknya untuk memperoleh keberkatan dariNYA.

Alright one more things bila memilih juadah untuk berbuka puasa janganlah kita tamak dan membazir ingatan ini untuk diri saya sendiri juga kerana bersederhana itu lebih baik. Di Somalia sedang berlaku kemarau dan ramai umat Islam di sana mengalami kebuluran. Jadi kita yang cukup makan perlu ambil iktibar dan bersyukur keranan di lahirkan di bumi Malaysia.

 Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri :)

p/s : Jangan puasa yang yang yok pagi-pagi bukak periuk :)